Biodiesel

Biodiesel adalah produk hasil reaksi kimia antara alcohol dan Triglyceride. Sumber utama Triglyceride ialah lemak haiwan dan minyak sayuran. Proses penghasilan Biodiesel dikenali sebagai Transesterifikasi. Pada masa ini, para pengeluar biodiesel menghasilkan gliserol yang mempunyai tahap ketulenan sebanyak 80-85% danharga pasarannya adalah di dalam lingkungan $80-120/tan.

Triglycerides terdiri daripada campuran komponen tepu, monotaktepu dan politaktepu yang dikenali sebagai R1, R2 dan R3 di mana ianya melekat kepada tulang belakang gliserol. Komposisi R1, R2 dan R3 serta peratusan relatifnya di dalam triglyceride menentukan suhu pemejalan Biodiesel.

Biodiesel pada amnya dihuraikan sebagai FAME (Fatty Acid Methyl Ester) denganangka tambahan yang menunjukkan spesifikasi aliran sejuk. Transesterikasi Triglycerideselalunya dijalankan menggunakan pemangkin kaustik pada suhu sederhana. Sebab utama proses ini adalah untuk mengurangkan kepekatan Triglyceride kepada sesuatu yang leboh hamper kepada diesel fosil. Semua jenis minyak sayuran dan lemak haiwan adalah sesuai untuk dijadikan Biodiesel.

Bahan mentah yang paling biasa digunakan untuk tujuan pemprosesan biodiesel ialah Lemak, Minyak Kacang Soya, Minyak Canola, Minyak Sawit, minyak Kelapa, minyak bunga matahari dan minyak camelina. Sumber-sumber baru minyak yang masih dalam tahap pembanggunan termasuklah minyak Jatropa, minyak Honge dan Minyak Alga. Sisa minyak masak, lemak dan lemak ayam memerlukan penambahan peringkat pemprosesan untuk mengurangkan kandungan FFA (Free Fatty Acid)

Walaupun penetapan harga adalah pertimbangan utama untuk pengilang biodiesel, pilihan jenis minyak sayuran juga menentukan cirri-ciri gel / aliran sejuk biodiesel itu. Biodiesel yang dihasilkan dari minyak kacang soya dan minyak canola mempunyai takat lebur yang rendah manakala minyak sawit dan lemak mempunyai takat lebur yang lebih tinggi. Gabungan pelbagai jenis minyak adalah perkara biasa dan ianya mengimbangi nilai komersil, cirri-ciri dan harga biodiesel.

 

Glycerol

Gliserol adalah kimia organic yang mempunyai pelbagai guna. Ia mewakili 10% daripada pengeluaran industry Oleokimia semasa dan telah laa diguna pakai di dalam industry barangan penjagaan pengguna, Poliuretana, tembakau, makanan dan farmasi. Sebelum penemuan biodiesel, permintaan-pekalan Gliserol dunia adalah seimbang. Dengan pengeluaran Biodiesel secara meluas, harga Gliserol telah catuh denga pantas dari $2500/tan semasa puncaknya ke tahap semasa iaitu $500 - $600/tan.

Dengan pertumbuhan pesat industry Biodiesel pada tahun-tahun yang akan dating, jumlah Gliserol yang akan terdapat di pasaranakan menjadi cabaran besar kepada industri Biodiesel. Pada masa ini, pengeluar Biodiesel menghasilkan Gliserol yang 80 85% tulen dan harga pasarannya adalah sekitar $80 120/tan. Kebanyakaqn pengeluar Biodiesel telah memilih untuk tidak membuat pelaburan modal yang tinggi yang diperlukan untuk proses penulenan Gliserin Mentah sebaliknya memilih untuk menghantar ke kilang-kilang penapisan sedia ada. Keuntungan yang dapat direalisasikan daripada hasil Gliserol ini merupakan sumbangan kecil sahaja kepada pengeluaran Biodiesel mereka keseluruhannya.

Ceimici Novel percaya bahawa ini adalah satu keadaan yang tidak mapan.

Pengguna pakai Smart Catalyst akan mempunyai pilihan. Smart Catalyst dapat menghasilkan Gliserol dengan kadar ketulenan melebihi 98%. Dengan pelaburan modal yang minima, pengeluar dapat menukar produk ini kepada Gliserol yang berkualiti komersial iaitu 99.5% dengan mudah dan menjimatkan. Pengeluar juga boleh memilih untuk menukarkan gliserol tersebut kepada produk-produk hiliran yang ditambah nilai contohnya:

» Glycerol Formal
» Glycerol Carbonate
» Glycidol

Ceimici Novel bersama pasukan pakar-pakar kima dan kejuruteraannya akan bekerjasama dengan pelanggan kami untuk memperkenalkan proses ini Anggaplah ia sebagai fasiliti R&D anda.

Smart Catalyst akan menambahkan 3 hingga 4 sen / liter ke atas keuntungan syarikat hanya berdasarkan kepada pengeluaran gliserol.